Berita UtamaKetua Penerangan ISMA July 5, 2015 -
Jelas sekali Perlembagaan Persekutuan
melindungi kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja di negara ini.
Perkara ini dapat kita fahami melalui Perkara 3, Perkara 8(5)(b), (c),
(e) & (f), Perkara 10(4), Perkara 11(4), Perkara 12(2), (3) &
(4), Perkara 32, Perkara 37, Perkara 38, Perkara 89, Perkara 90, Perkara
121(1A), Perkara 150(1A), Perkara 153 dan Perkara 181.
Justeru mana-mana individu atau
organisasi rakyat Malaysia yang bersuara mempertahankan kedudukan Islam,
Melayu dan institusi Raja, tindakan mereka bukan sahaja selari dengan
Perlembagaan Persekutuan yang merupakan sumber induk bagi undang-undang
negara, bahkan mereka sebenarnya adalah perwira yang gagah berani.
Isma telah terkehadapan menjalankan
kewajiban mempertahankan identiti negara ini, sehingga musuh-musuh
negara yang dibiayai oleh Amerika seperti Suaram berasa tidak senang
hati, malah sampai ke tahap terdesak, menuduh Isma sebagai penyebar
“hate speech” dalam laporan mereka.
Situasi panik dan kebingungan mereka
terserlah apabila mengeluarkan kenyataan dan laporan yang sebenarnya
menggambarkan kebodohan dan kejahilan mereka tentang Perlembagaan
Persekutuan, tanpa mereka sedari.
Suaram dan para sekutu mereka, dalam
kalangan aktivis Evangelist dan chauvinis, konsisten melakukan pelbagai
kenyataan dan aksi provokasi terhadap kedudukan Islam, Melayu dan
institusi Raja, sehingga sekarang. Mereka adalah dalang bagi usaha
terancang untuk merubah identiti negara yang berpaksikan tiga tunjang
Perlembagaan itu. Merekalah penyebar “hate speech” di Malaysia, tanpa
tandingan.
Senarai tindakan provokasi dan hasutan
mereka sejak bertahun-tahun itu boleh disenaraikan dengan mudah, sudah
berada di hujung jari. Kelihatan mereka sendiri tidak sabar untuk
melihat rekod itu, sehingga gopoh mengeluarkan laporan yang memerangkap
diri sendiri.
Amat malang sekali, ahli politik seperti
Tian Chua, Elizabeth Wong, Sivarasa Rasiah, peguam seperti Cynthia
Gabriel, bersama Kua Kia Soong, serta senarai nama yang pernah dan masih
terbabit dengan Suaram, boleh melakukan satu kesilapan mudah dan besar
begini.
Patutkah mereka mengikuti kursus
Perlembagaan Persekutuan? Atau lebih baik mereka duduk diam-diam, demi
menjaga air muka daripada terus memalukan diri sendiri? Mungkin juga
berhijrah ke negara luar satu pilihan terbaik, kerana jelas sekali
Perlembagaan Persekutuan dan rakyat Malaysia tidak serasi dengan
perangai mereka.
Sumber: http://isma.org.my/v2/suaram-membodohkan-diri-sendiri/
No comments:
Post a Comment