July 22, 2015 Berita Dunia, Berita Utama #2,
UNITED KINGDOM, Rabu – Helaian Al-Quran yang disimpan di Universiti Birmingham dipercayai antara yang tertua di dunia.
Ujian
radiokarbon pada manuskrip itu mendapati helaian itu berusia kira-kira
1,370 tahun, menjadikannya antara yang paling awal ditulis, lapor BBC.
Beberapa helai kitab suci umat Islam itu disimpan tanpa rekod di perpustakaan universiti itu sejak sekurun lalu.
Pakar
manuskrip perpustakaan Britain, Dr Muhammad Isa Waley berkata, penemuan
menarik ini akan menjadi berita gembira bagi umat Islam.
Manuskrip
itu disimpan bersama koleksi buku dan dokumen Timur Tengah tanpa
dikenalpasti sebagai sebahagian helaian Al-Quran tertua di dunia.
Penemuan
ini bermula pabila seorang penyelidik PHD membuka helaian itu dan
membuat ujian tarikh berdasarkan radiokarbon dan keputusannya agak
mengejutkan.
Pengarah koleksi istimewa universiti, Susan Worral berkata, para penyelidik tidak menyangka ia begitu tua.
“Menyedari bahawa kami sebenarnya menyimpan helaian Al-Quran tertua di dunia adalah amat menyeronokkan,” katanya.
Ujian yang
dikendalikan oleh Unit Radiokarbon Universiti Oxford mendapati, helaian
itu adalah ayat-ayat Al-Quran yang ditulis di atas kulit kambing atau
biri-biri, dan ia merupakan helaian tertua yang masih wujud.
Ujian mendapati 95% helaian itu datang daripada tahun sekitar 568 hingga 645 Masihi.
“Subjek
ini boleh membawa kita ke tahun-tahun awal Islam diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW,” kata pensyarah universiti, Prof David Thomas.
“Berdasarkan sirah, Nabi Muhammad menerima Al-Quran sekitar tahun 610 hingga tahun 632, tahun kewafatannya.”
Prof
Thomas juga berkata, berdasarkan tarikh-tarikh itu, berkemungkinan
penulis helaian itu hidup sezaman dengan baginda SAW. – Agensi
Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/helaian-al-quran-tertua-ada-di-universiti-birmingham/
No comments:
Post a Comment