Pages

Monday, August 31, 2015

GHB Lancar Parti Amanah Hari Ini



AIDCNews – 31/8/15 – Gerakan Harapan Baru (GHB) melancarkan parti baharu yang dinamakan Parti Amanah Negara (Amanah) di Hotel Vistana Kuala Lumpur sebentar tadi.

Parti Amanah itu bukan mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang menjadi kontoversi sebelum ini, sebaliknya mengambil alih sebuah Parti Pekerja Malaysia yang tidak aktif
“Kami telah memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja…apa pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada RoS dan kemudian akan dilancarkan pada 16 September 2015.

“Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air,” kata Mohamad Sabu dalam sidang media hari ini, lapor Bernama.

Menurut Malaysiakini, Parti Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai parti politik di Malaysia. Parti itu hanya menyertai satu pilihan raya umum ada 1978 dan selepas itu tidak lagi aktif.



PASMA Penang melaporkan parti baharu GHB itu bukan dinamakan ‘Amanah’ sebaliknya PAN singkatan kepada Parti Amanah Negara.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah atau PAN seperti berikut :
Penasihat Umum
Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi
Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi
Salahuddin Ayub
Naib Pengerusi
1. YB Dato Dr Mujahid Yusof
2. Ustaz Hassanudin Mohd Yunos (Timbalan Presiden IKRAM)
Ketua Wanita
YB Dr Siti Mariah Mahmud
Ketua Pemuda
Mohd Sany Hamzan
Setiausaha
Mohd Anuar Mohd Tahir
Timbalan Setiausaha
Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari
Asmuni Awi
Setiausaha Orgniasasi
Suhaizan Kaiat

AJK
1. YB Dr Mohd Hatta Ramli
2. YB Ir Khalid Samad
3. YB Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
4. YB Mohd Hanipa Maidin
5. YB Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Presiden PASMA)
6. Ir Izham Hashim
7. Adly Zahari
8. Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
9. Mazlan Aliman
10. Aminolhuda Hassan
11. YB Saari Sungip
12. Zulkifli Mohd Omar
13. Hu Pang Chaw
14. Dato Wan Abd Rahim Abdullah
15. YB Hasnul Baharuddin

Nama Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha GHB dan tiga Ahli Jawatankuasa GHB; Tan Sri Muhammad Muhd Taib, YB Datuk Kamaruddin Jaafar serta Faiz Fadzil tidak disenaraikan.
Turut tidak disenaraikan nama Datuk Husam Musa, tokoh yang disebut-sebut sebagai calon paling layak ganti Mohamad Sabu sebagai presiden parti baharu.

Mohamad Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan menunggu kelulusan RoS sebelum mula membincangkan dengan DAP dan PKR tentang penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/08/31/ghb-lancar-parti-amanah-hari-ini/

No comments:

Post a Comment