Umat Islam bukan umat biasa. Umat Islam dibangkitkan untuk memimpin umat-umat yang lain. Melakukan perbuatan sia-sia tiada dalam kamus umat yang memimpin, jauh lagi tabiat yang memudaratkan.
Tiada kesedaran kendiri yang kuat tentang identiti dan kedudukan sebagai umat yang memimpin, menyebabkan umat Islam hilang kawalan kendiri, seterusnya menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan.
Berapa ramaikah umat Islam yang mempunyai kesedaran diri yang tinggi
tentang identiti dan kedudukannya yang mulia itu? Berapa ramaikah pula
dalam kalangan yang sedar itu mempunyai keazaman yang kuat untuk bekerja
siang dan malam bagi merealisasikan identiti dan kedudukan itu, bukan
untuk dirinya sahaja, bahkan untuk umat "pemimpin yang hilang".
Pada hari ini, rokok bukan sekadar mengenai tabiat buruk seseorang individu, bahkan ia adalah industri yang berpengaruh ke atas kuasa dan kedaulatan sesebuah negara.
Langkah pertama dan utama, yang mesti berterusan sehingga bila-bila, ialah membangunkan generasi baharu yang mempunyai pandangan yang tinggi dan luas, yang melihat perbuatan sia-sia itu satu jenayah ke atas maruah umat dan pengkhianatan kepada diri sendiri.
Ikatan Muslimin Malaysia melihat usaha membangunkan umat beragenda di atas, sebagai prioriti tertinggi, kerana hakikatnya negara menghadapi krisis nilai dan prinsip, bukan sekadar perangai jelik merokok, menghisap shisha dan vape.
Ketua Penerangan Isma
Ustaz Hj. Mohd Hazizi Abd Rahman

No comments:
Post a Comment