Pages

Wednesday, August 19, 2015

Rangkaian Ahmad Awang Atau IRC Bekalkan Peluru Kepada DAP Tembak PAS ?



AIDCNews – 19/8/15 – Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mengadakan satu lagi rombongan ke negara Islam bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah khasnya hudud selepas berpisah dengan PAS disebabkan isu tersebut, Zulkifli Sulong, pengarang analisis dan rencana The Malaysia Insider.


Bekas Ketua Pengarang Harakahdaily itu turut mempamerkan gambar pertemuan Pemimpin An Nahdah, parti Islam di Tunisia, Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani bersama Kit Siang di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam. (gambar di atas).

“Lim memberitahu media semalam selepas menerima kunjungan hormat wakil pemimpin utama An Nahdah Rachid Ghanouchi iaitu Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani ke Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.
“Sebelum ini, Lim mengetuai rombongan pemimpin DAP ke Mesir dan Jordan bagi bertemu dan berbincang dengan pemimpin Islam dan pelajar Malaysia yang sedang belajar bidang agama di 2 negara Timur Tengah itu.

“An Nahdah pimpinan Ghanouchi kini menyertai kerajaan melalui kerjasama politik yang diadakan ketika Tunisia berada dalam transisi perpindahan daripada negara autokratik kepada negara demokrasi,”lapor Zulkifli.

Lim dilaporkan berkata, An Nahdah sebagai parti dan gerakan Islam adalah yang pertama di dunia menerima sistem demokrasi dengan sepenuhnya apabila bersedia menerima keputusan rakyat, inklusif dan terbuka dalam pendekatannya.

“Saya yakin, di samping Tunisia, negara seperti Malaysia, Indonesia, Morocco dan Turki boleh menjadi negara contoh di dunia walaupun kita belajar dari Timur Tengah,” kata Lim.

Ferjani dalam pertemuan dengan DAP semalam berkata, Nabi Muhammad tidak melaksanakan hudud dalam tempoh 13 tahun beliau memperkenalkan Islam di Mekah.





Menurut The Malaysian Insider kunjungan Ferjani ke Ibu Pejabat DAP susulan beliau dijemput menghadiri Nadwah Ulama 2015 (Nunji’15) anjuran Gerakan Harapan Baru (GHB), 15 Ogos lalu.

Penganjuran Nunji’15 dipengerusikan oleh Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar yang juga Pengerusi GHB Pulau Pinang.

Dr Mujahid disebut-sebut mewakili fraksi IRC (Islamic Representative Council) dalam GHB.



Semalam, Penasihat GHB, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin dilaporkan turut berdialog dengan Ferjani di pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Status jawatan Ahmad Awang sebagai Penasihat GHB seumpama jawatan Mursyidul Am dalam PAS, lapor Malaysiakini.

Menurut Ahmad, walaupun jawatan penasihat umum itu dilihat menyerupai mursyidul am PAS, namun terdapat perbezaan bagi dua jawatan tersebut.

Katanya, sebagai penasihat umum, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan eksekutif parti dan hanya fokus dalam Majlis Penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu bagi memberi nasihat kepada parti Islam baru itu.

Ahmad berkata lagi, Majlis Penasihat untuk parti Islam baru itu juga akan terdiri daripada golongan ulama serta profesional.

“Kita punya Majlis Penasihat pakar ini tak macam Majlis Syura (PAS). Majlis Syura itu, dia juga dalam Majlis Syura, dia juga (orang sama) di eksekutif. Kita tidak.

“Biar betul-betul duduk dalam Majlis Penasihat dengan kepakaran yang ada dan tak campur tangan urusan eksekutif.

“Baru nanti tak timbul isu, dialah (anggota) Majlis Syura dialah presiden.
“Majlis penasihat pakar itu terdiri daripada golongan ulama dan juga mereka yang pakar dalam bidang lain seperti kemasyarakatan, ekonomi, perbankan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.



Pada 17 lalu, Ferjani turut mengunjungi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kediaman rasminya, Bukit Segambut.

Hadir bersama Ferjani ke rumah Wan Azizah itu adalah YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN PAS Batu Burok, Terengganu.

Dr. Syed Azman juga disebut-sebut aktivis IRC yang bertanggungjawab mengatur pergerakan tokoh-tokoh Islam antarabangsa ke Malaysia.

Pada 23 Mac lalu, Syed Azman ketika itu berjawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat menafikan beliau terlibat mensabotaj program PAS.

Dalam satu kenyataan, orang kanan Syed Azman, Faiz Mat Nawi menafikan bosnya itu mensabotaj PAS sebaliknya menjelaskan tuduhan melulu itu adalah tidak berasas, berbentuk fitnah jahat serta cuba memecah-belahkan keharmonian dan keutuhan PAS.

Syed Azman dikatakan mensabotaj, mengkhianati dan “menghijack” peserta program Ijtimak Alami di Rusila, Terengganu baru-baru ini.

Menurut dakwaan itu, Syed Azman didakwa “menculik” peserta IAPU ke-3 itu dengan membawa ke Kuala Lumpur dan menyertai program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
Pada Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, Syed Azman tidak bertanding untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Awal Ogos lalu, Syed Azman bersama Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu YB Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad menganjurkan Majlis Rumah Terbuka bersama.
Dalam majlis itu, YB Datuk Raja Kamarul mengumumkan beliau telah dilantik sebagai Pengerusi GHB Terengganu.





https://aidcnews.wordpress.com/2015/08/19/rangkaian-ahmad-awang-atau-irc-bekalkan-peluru-kepada-dap-tembak-pas/

No comments:

Post a Comment