Pages

Monday, August 24, 2015

Hati-hati ancaman ultra kiasu BN, DAP

August 24, 2015 Berita Utama

ridhuan_tee
Oleh: Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin –Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini menasihati kepada parti politik Melayu Islam untuk tidak terus lemah jika tidak mahu puak ultra kiasu yang memegang tampuk pemerintahan.

Mana tidaknya, ultra kiasu dalam parti komponen BN semakin berani. Mereka menuntut dan mendesak supaya agenda anak bangsa mereka terus diperkasa dan dilaksanakan.

“Misalnya, tindak-tanduk ultra kiasu yang baru dilantik menyertai Kabinet. Apabila ditanya wartawan mengenai apakah agenda utamanya? Maka, jawapannya SJKC menjadi keutamaan. Apabila menteri Melayu mahu mewujudkan Low Yat 2 (Mara), terus dituduh rasis. Kenapa kita tidak bertindak sebagai negarawan?

“Terbaharu, ultra kiasu dalam BN ini mendesak supaya kandungan buku teks sejarah tahun 4-6 dirombak semula. Katanya terlalu keislaman dan kemelayuan. Segerombolan pakar sejarah mereka telah menghantar memorandum, mengandungi lebih 80 perkara agar fakta buku teks sejarah yang baharu diperkenalkan kepada semua sekolah rendah diubah.

“Mereka mahukan sejarah ditulis mengikut konsep sama rata dan sama rasa. Jika sumbangan Melayu satu, sumbangan mereka juga satu. Tidak boleh ada kredit kepada pihak-pihak tertentu. Kasihan orang Melayu Islam, setengah mati memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan, tiba-tiba sumbangan mereka mahu dinilai sama rata dan sama rasa.

“Oleh sebab itu nasihat saya, jika mahu terus memastikan tampuk kuasa terus dipegang, maka jangan terus mencipta kelemahan dan membuat masalah yang memudahkan mereka untuk memerangkap,” katanya yang juga Felo Utama INSPIRE, UniSZA.

Selain itu dalam tulisan terbarunya berjudul ‘Psywar ultra kiasu ke Tunisia’ dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ustaz Ridhuan turut mendakwa hasrat puak ultra yang mahu ke Tunisia bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah di sana hanyalah strategi licik mereka untuk memecah belahkan umat Islam.

“Matlamatnya bukan untuk memahami hudud sebenarnya, tetapi lebih kepada strategi licik psywar dan psyop untuk memecah-belahkan umat Islam.

“Ultra kiasu tersangat faham hudud yang dibawa Pas, tetapi mereka tidak pernah bersetuju. Mereka akan cari seribu macam hujah dan alasan untuk menentang sebarang perlaksanaan hukum Islam di bumi bertuah ini, sama ada datang dari Pas atau orang lain. Mereka tidak pernah percaya dan suka kepada Islam.

“Nampaknya permainan politik Malaysia telah dimenangi sepenuhnya ultra kiasu. Kita kalah teruk dan terduduk. Mereka berjaya memanipulasikan isu dan memecah-belahkan parti politik Melayu umat Islam,” katanya. 

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/08/hati-hati-ancaman-ultra-kiasu-bn-dap/

No comments:

Post a Comment