pada 04-08-2015 10:08 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Kewujudan parti politik baru yang bakal diasaskan Gerakan
Harapan Baru (GHB) tidak boleh dipandang sebelah mata, kata penganalisis
politik, Dr Jeniri Amir.
Ujarnya ketika dihubungi Antarapos, PAS tidak boleh berterusan melabel
GHB sebagai gerakan serpihan yang akan berkubur sepertimana parti-parti
lain.
"Kita tak boleh samakan keadaan sekarang dengan dulu kerana perubahan
landskap politik dan pemikiran pengundi yang tidak sama seperti tahun
70an dan 80an dulu.
"Jadi adalah awal untuk kita buat kesimpulan bahawa mereka (GHB) akan
menerima nasib yang sama seperti parti serpihan sebelum ini," katanya
merujuk kepada parti Parti Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).
Jeniri juga mengingatkan PAS agar bersiap sedia untuk kehilangan
kehilangan beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),
sementelah beberapa wakil rakyatnya baik ADUN ataupun ahli Parlimen
sudahpun menyatakan sokongan mereka kepada GHB.
Justeru, sokongan pengundi juga akan beralih selari dengan 'peralihan' kumpulan pemimpin berkenaan.
"Boleh dikatakan PAS tanpa sokongan golongan liberal ini sudah terhakis
sedikit sebanyak kekuatannya. Jadi sama ada ia (PAS) dapat memenangi
atau mencapai prestasi lebih baik, atau sama seperti PRU13 lalu, saya
percaya tidak akan sama.
"Kerana golongan yang 'keluar' itu merupakan pemimpin yang boleh
dikatakan berwibawa dan ada pengaruh masing-masing. Jadi penyokong
pemimpin yang 'keluar' ini pasti tidak akan menyokong PAS yang kini
didikong kuat oleh golongan ulama," katanya.
Kerusi yang dijangka 'hilang' ujar Jeniri, adalah dari kawasan yang
majoritinya terdiri daripada pengundi bukan Islam dan juga kawasan
bandar.
Sumber: http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmbZphaw==
No comments:
Post a Comment