August 4, 2015 Berita Utama, Kolumnis,
“You bagi wang pada I nanti I bagi projek pada you. Wang yang you bagi tu kita jadikan dana politik. Itu bukan rasuah, itu dana untuk politik. Mana ada peraturan larang… Setuju?”
Sebelum saya mengupas lebih lanjut di
sini saya nyatakan bahawa maksud ‘suapan’ dalam Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang berkuat kuasa 1 Januari 2009,
termasuklah ‘derma’. Rujuk http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/SPRM_akta_BM.pdf
SABTU
lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman
Said, memberitahu bahawa semua ahli parti politik di negara ini bebas
menerima sumbangan atau bantuan kewangan daripada mana-mana pihak,
termasuk dari orang luar negara.
Sambil
mengatakan Malaysia tidak seperti sesetengah negara yang mempunyai
peraturan khas untuk mengekang ahli politik menerima dana daripada para
penyokong, Azalina tidak saja mengakui Barisan Nasional (BN) juga
menerima dana politik, malah beliau yakin parti pembangkang juga
menerima dana asing.
Kata-kata
Azalina ini kelihatannya seolah-olah langkah mula untuk memberitahu
rakyat bahawa sejumlah wang yang masuk ke dalam akaun peribadi ketuanya –
bukan akaun amanah – adalah ‘halal’, bukan wang rakyat atau wang
rasuah.
Keesokkannya,
lenggok Azalina disambut pula oleh Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang turut
berkata bahawa Umno dalam peruntukan perlembagaannya membenarkan
Presiden mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.
Beliau
juga memberitahu bahawa wang di dalam akaun amanah di bawah nama Najib
sebagai Presiden Umno, bukannya wang milik 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) atau wang rakyat, malah apa saja derma diambil sejak dahulu
hingga sekarang oleh Umno, tidak ada kena-mengena dengan duit rakyat,
sebaliknya ia adalah derma daripada penyokong parti.
Panjang
lebar Abdul Rahman menyusun strategi bagaimana untuk menangkis serangan
terhadap ketuanya, termasuk melampiaskan tuduhan kepada pihak
pembangkang yang dikatakan menerima dana daripada agensi negara Barat
termasuk daripada penyangak mata wang George Soros dan National
Endowment for Democracy.
Namun,
Abdul Rahman terlupa bahawa akaun peribadi dan akaun amanah adalah dua
akaun yang berbeza. Dan, ini dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad. Kata Tun:
“Di waktu
saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu
pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah
memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihan raya
dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah
diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek
apabila mengeluarkan wang.”
Maknanya,
akaun itu bukan atas nama peribadi. Tidak tahulah pula saya sama ada
Umno telah menukar akaun amanah itu menjadi akaun peribadi.
Kini,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun mengesahkan
bahawa wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib bukan dana 1MDB,
tetapi wang hasil derma.
SPRM hanya
memberi kenyataan ringkas. Tidak menyatakan secara terperinci
pergerakan wang itu sebelum masuk ke akaun peribadi Najib, sebagaimana
dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ).
Akhbar
kewangan antarabangsa itu sebelum ini melaporkan pergerakan wang bermula
di SRC International (firma tenaga yang dimiliki Kementerian Kewangan
di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan).
Dari SRC
International bergerak ke Gandingan Mentari (anak syarikat SRC
International) dan kemudian ke Ihsan Perdana (syarikat yang
mengendalikan projek tanggungjawab sosial bagi pihak 1MDB) sebelum masuk
ke akaun Perdana Menteri, yang semuanya berjumlah RM42 juta. Transaksi
ini dilaporkan bermula pada Disember 2014 hingga Februari tahun ini.
Dalam satu
lagi pergerakan wang yang dilaporkan WSJ, sebuah syarikat di kepulauan
British Virgin, Tanore Finance, memindahkan AS$681 juta dalam dua
transaksi pada 21 dan 25 Mac 2013 melalui Falcon Private Bank di
Singapura, ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Perlu
diingat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan pada 5 Mei 2013 dan
dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Walaupun menang tipis, BN kekal
berkuasa dan Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Perlu juga
diketahui bahawa Falcon Private Bank dimiliki oleh Aabar Investments
PJS. Aabar pula dimiliki oleh firma Abu Dhabi – International Petroleum
Investment Company (IPIC) – yang baru-baru ini ‘mendermakan’ dana AS$1
bilion untuk membantu melunaskan pinjaman 1MDB. Perjanjian ini dibuat
secara rahsia tanpa diberitahu apakah imbuhan yang bakal diperoleh oleh
IPIC. Namun ada yang memberitahu IPIC akan mendapat habuan dalam bentuk
hartanah.
Aliran dan
pergerakan wang ini lah yang SPRM tidak jelaskan. Betul atau tidak dari
SRC International ke Gandingan Mentari dan ke Ihsan Perdana sebelum ke
akaun Perdana Menteri. Mungkin juga di luar bidang kuasa SPRM untuk
menjelaskannya. Wallahualam
P/S:
Adakah ‘derma’ yang diterima oleh Ketua Eksekutif Kerajaan Malaysia
boleh dikategorikan sebagai ‘suapan’ mengikut apa yang dinyatakan dalam
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?
BERSAMBUNG ESOK
JANGAN LUPA! BACA JUGA:
KATA PEDANG: Mulia sungguh siapa ‘derma’ RM2.6 bilion kepada PM tanpa harap balasan
KATA PEDANG: Mulia sungguh siapa ‘derma’ RM2.6 bilion kepada PM tanpa harap balasan
Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net
No comments:
Post a Comment