August 9, 2015 Berita Utama,
BANGI,
Ahad – Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un! Seorang ulama Ahlulsunnah
Wal Jamaah pewaris Nabi, Sheikh Wahbah Az-Zuhaili atau Wahbah bin
Musthofa Az-Zuhaili, meninggal dunia, hari ini, pada usia 83 tahun.
Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang juga anak
murid Allahyarham, berkata Sheikh Wahbah meninggal dunia pagi tadi
setengah jam sebelum fajar.
“Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada dan solihin.
“Kami
mengambil kesempatan untuk menyeru umat Islam di Malaysia untuk
mengerjakan solat jenazah ghaib kepada Allahyarham Sheikh Wahbah,”
katanya hari ini.
Sheikh
Wahbah adalah ulama terkenal abad ini berasal dari Syria yang
menganggotai Dewan Fiqh di Makkah, Jeddah, India, Amerika Syarikat dan
Sudan.
Allahyarham
sangat produktif menulis, dan baru-baru ini Allahyarham sempat menulis
ensiklopedia fiqh berjudul, ‘Maus’atul Fiqhil Islami Wal-Qodhoya
Al-Mu’ashiroh” yang telah diterbitkan Darul Fikr dalam 14 jilid.
Selain
itu, antara karya Allahyarham ialah Al Fiqhul Islami wa Adillatuh; At
Tafsir Al Munir; Al Fiqhul Islami fi uslubih Al Jadid; Nadhoariyatudh
Dhorurot Asy Syari`yah; Ushuul Fiqh Al Islami; Adz-Dzarai`ah fs Siyasah
Asy Syari`ah; Al `Alaqot ad-Dualiyah fil Islam; Juhud Taqnin Al Fiqh Al
Islami; Al Fiqhul Hanbali Al Muyassar; Al Fiqhul Hanafi Al Muyassar dan Al Fiqhus Syafi’i Al Muyassar.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/08/ulama-terkemuka-sheikh-wahbah-meninggal-dunia/
No comments:
Post a Comment