Pages

Saturday, August 15, 2015

WAHAI SAHABAT MELAYUKU YANG SUDAH BERJAYA, BERHENTI MEMBUNUH JATI DIRI ANAK BANGSA KALIAN!


Bagi aku, era kita mengutuk bangsa sendiri, era kita merendah-rendahkan bangsa sendiri untuk  melihat mereka lebih maju dah lama tamat. Tengoklah effect selepas 50++ tahun kita merdeka. Aku tak rasa orang Melayu akan maju. Kita tanpa sedar sedang membunuh jati diri mereka.

Sebab itu yang berjaya hanya sedikit dan segelintir, dan segelintir inilah yang mendabik dada kerana kejayaan mereka, lalu merendah-rendahkan saudara sebangsa mereka yang cuba nak naik.

Aku dulu pernah berada di tempat mereka yang mendabik dada dan memandang rendah anak bangsa aku yang lain yang tak mampu berada di tempat aku. Bagi aku mereka ini memalukan anak bangsa aku. Maka aku pun menghamburkan ribuan kata pada mereka. Merendah-rendahkan mereka. Tetapi pergaulan mematangkan aku. Riak dan angkuh akan membunuh aku kelak!

Berhenti dripada membunuh jati diri anak bangsa kalian. Benda yang tidak benar kalau diulangkali akan menjadi kenyataan. Apatah lagi benda yang benar. Setiap hari kita melabel bangsa Melayu sebagai malas dan malas, lambat laun maka anak-anak melayu yang baru sahaja mahu mengenali dunia pun akan set dalam mindanya, ya aku adalah orang pemalas dan bangsa aku adalah pemalas.

Apabila setiap hari kita melabel anak bangsa kita sebagai orang yang gagal dalam perniagaan, maka percayalah, kata-kata itu akan menjadi doa. Kalau generasi yang sudah lepas gagal dalam perniagaan, jangan letakkan generalisasi yang sama pada generasi yang masih baru dan mahu menapak.

Sebab itu aku memilih cara bercerita sejarah anak bangsa, membangunkan kembali jati diri yang kalian anak-anak Melayu bunuh sendiri, memberitahu kepada mereka bahawa sesungguhnya mereka datang dari kalangan rahim dan dna yang mengalir dalam tubuh mereka ialah hebat-hebat belaka! Menjelaskan pada mereka bahawa betapa agungnya peradaban nenek moyang mereka!

Belajar apa itu psikologi! Seorang kanak-kanak yang dibentuk dan diasuh mindanya sejak kecil sebagai seorang yang pengalah, akan sentiasa menjadi pengalah sampai bila-bila. Tetapi, bila seorang anak yang dari kecil diajar dan diasuh mindanya jadi seorang pemenang, sampai bila-bila akan jadi pemenang!

Wahai rakan-rakanku yang sudah berjaya, buanglah ego kalian... usah kita pandang rendah pada anak bangsa kita yang mahu mengikut jejak kita. Hulurkan tangan, berikan tunjuk ajar. Jangan bunuh jati diri anak bangsa kalian lagi.

Cukuplah akhbar tabloid di Malaysia memainkan kerja itu. Jangan kalian!

Yang Ikhlas,

-HE-

Sumber:  https://www.facebook.com/thepatriots2020/timeline

No comments:

Post a Comment